Mohd Khairul, Hafizam Hilang Di Hutan Simpan Taman Bukit Tawau

Kawasan Hutan Simpan Taman Bukit Tawau. – Gambar hiasan sahaja.

Oleh BORNEOTODAY
TAWAU: Dua orang lelaki dipercayai hilang berlaku di dalam Hutan Simpan Taman Bukit Tawau.

Balai Bomba Tawau terima panggilan daripada Taman Bukit Tawau pada jam 22:20:00 berhubung kejadian tersebut dan seterusnya respon ke lokasi kejadian.

Pasukan Bomba bersama 15 anggota Ranjer Hutan Simpan Taman bukit Tawau menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan sekitar hutan.

Nama mangsa adalah Mohd Khairul bin Siwwes Umur dan Hafizam bin Abdawah. Kedua-duamya berumur 21 tahun.