MKN Sabah Hantar Pulang 470 PATI Filipina Ke Zamboanga Dari Sandakan

mmm
Lagi 470 pendatang tanpa izin dari Filipina dihantar pulang Jumaat malam dari Sandakan.

SANDAKAN – Majlis Keselamatan Negara (MKN) meneruskan penghantaran balik pendatang asing tanpa izin (pati) di Sabah membabitkan 470 warganegara Filipina yang dihantar pulang dari Pelabuhan Sandakan ke Zamboanga Filipina, semalam (Jumaat).

tupper2

Pengarah MKN Sabah, Datuk Rodzi Md Saad berkata daripada jumlah itu, seramai 433 PATI adalah lelaki dewasa, 32 wanita dewasa dan lima kanak-kanak lelaki serta perempuan, yang kesemuanya berusia di antara setahun hingga 62 tahun.

Mereka terdiri daripada 230 PATI dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Kota Kinabalu dan 240 orang lagi dari PTS Tawau, katanya dalam satu kenyataan, Sabtu.

Menurutnya penghantaran pulang PATI yang dilakukan secara serius dan berterusan oleh MKN Sabah menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam membanteras PATI di negeri ini.

Sehubungan itu, katanya semua pihak khususnya majikan dan orang awam haruslah menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan mengelak daripada menggaji atau melindungi PATI, sebaliknya menyampaikan maklumat mengenai kehadiran mereka.