Minyak Masak Bersubsidi Disorok Dalam Stok Bernilai Lebih RM10,000 Dirampas

SEMPORNA: Pasukan polis berjaya merampas sebanyak 250 kotak minyak masak bersubsidi bernilai RM10,625 di dalam sebuah stor di Kampung Kebun Bunga semalam.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superitendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, rampasan itu dilakukan dalam serbuan pada jam 3 pagi.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di dalam bilik stor itu, sebanyak 250 kotak minyak masak bersubsidi.

“Minyak masak tersebut dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, setiap kotak mengandungi 17 paket minyak masak dengan jumlah keseluruhan sebanyak 4,250 paket yang disyaki diseludup keluar negara.

“Bilik stor itu dipercayai dijadikan tempat mengumpul dan menyimpan barang kawalan berjadual sebelum diseludup keluar ke pasaran luar.

“Kesemua barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna,”

Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Mohd Farhan menasihatkan orang ramai agar melaporkan sebarang aktiviti penyeludupan kepada pihak polis atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna jika mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan barang terkawal.