
LABUAN: Polis menahan 29 orang termasuk empat wanita dalam serbuan di dua premis perjudian simulator yang beroperasi tanpa lesen di sini, Selasa malam.
Suspek berusia antara 19 hingga 61 tahun itu, masing-masing membabitkan lapan penjaga premis dan 21 pelanggan yang leka berjudi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Salehhudin Abd Rahman, berkata polis turut merampas 81 mesin judi jenis simulator, 487 keping kupon pelbagai nilai dan wang tunai berjumlah RM9,470.
“Serbuan dilakukan 9.15 malam tadi (Selasa) membabitkan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah dan JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wilayah Persekutuan Labuan.
“Dua premis diserbu dalam operasi itu dan 25 lelaki serta empat wanita warga tempatan ditahan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari Rabu.
Salehhudin berkata, siasatan giat dijalankan bagi mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap dalang kegiatan berkenaan. – Mohd Izham Unnip Abdullah/ bharian.com.my
BERITA SELANJUT: –
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/11/350901/ditahan-ketika-leka-berjudi