Mentor Pertanian Negara Bantu Bangun MESEJ Di Sabah

49
Yap Yun Fok menjelaskan sesuatu benih mata veristi terbaik durian musang king kepada Ewon (kanan).

Oleh ROSANNA EDEZA
KENINGAU: Menteri Pembangunan Luar Sabah Datuk Ewon Benedik berkata, kementeriannya akan bekerjasama dengan Mentor Pertanian Negara Prof (Adjung) Datuk Yap Yun Fok untuk membangunkan Program Mini Estet Sejahtera (Mesej) Pertanian di negeri ini.

Katanya, beliau pada Rabu lalu telah melakukan lawatan ke kawasan ladang ternakan usahawan itu di yang terletak di Kampung Bomboi dan mendapati banyak ilmu yang boleh diadaptasi untuk membangunkan messej yang bakal dibangunkan di negeri ini.

“Kepakaran beliau (Datuk Yap) dalam pelbagai sudut pertanian sangat berguna untuk membantu KPLB,”

Yap menjelaskan sesuatu mengenai pembangunan nusrey durian musang king kepada Ewon.

“KPLB Sabah mempunyai kawasan tanah yang belum diterokai dan kita mencadangkan ia dibangunkan untuk tanaman yang mempunyai nilai komersil seperti disyorkan oleh beliau (Datuk Yap),” katanya.

Ewon berkata, KPLB Sabah juga optimis untuk bekerjasama dengan ushawan tersohor itu, umpamanya menjadikan beliau sebagai pembeli kepada hasil-hasil pertanian yang dihasilkan oleh peserta-peserta messej di negeri ini.

“Ini satu kerjasama yang baik. Bagaimanapun, kita akan memuktamadkan cadangan ini selepas mengadakan perbincangan rasmi dengan beliau ( DatukYap),” katanya.

Yap (tiga kiri) berssma Ewon (tiga kanan) menunjukkan isyarat baik mengenai ladang lembu tenusu miliknya di kampung Bomboi Keningau.

Prof Datuk Yap, selain terlibat dalam perladangan lembu tenusu, beliau juga beitu maju dalam bidang perladangan durian musang king, penanaman nanas veriati Keningau Daimond serta pengusaha kolam air tawar terbesar di Keningau.

Ewon berkata Kabinet negeri telah bersetuju supaya KPLB Sabah menerokai tanaman lain selain tanaman komoditi seperti getah dan kelapa sawit, justeru, input serta pengalaman usahawan tersohor itu (Datuk Yap) yang turut berperanan sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan negeri dalam sektor pertanian amat berguna kepada kementerian itu.

Yap mula mengusahakan sektor penternakan pada 1982 bermula dengan dua ekor lembu dan Ladang Ternakan Susu Eco Yap adalah antara Projek Titik Permulaan (EPP) yang berjaya di Sabah serta diisytiharkan sebagai pengeluar susu segar terbesar Malaysia.