Mayat Tanpa Kepala Ditemukan Berhampiran Pulau Mengalum

244
Anggota polis menguruskan mayat yang ditemukan di perairan Pulau Mengalum.

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
KOTA KINABALU: Mayat seorang lelaki tanpa kaki dan kepala yang sudah mereput ditemukan terapung di perairan Pulau Mengalum semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, mayat lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditemukan polis bantuan sebuah pelantar minyak pada kira-kira pukul 8 pagi.

“Mayat lelaki itu ditemukan lengkap berbaju kuning dan berseluar pendek warna hitam.

“Keadaan mayat mangsa yang ditemukan mereput, tanpa kepala, kedua belah kaki dan tangan.

Keadaan mayat yang sudah mereput ditemukan di kawasan perairan Pulau Mengalum.

“Polis sudah membawa mayat tersebut ke hospital untuk tujuan bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Habibi, identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan pihaknya juga sedang menyiasat sekiranya mayat berkenaan berkait rapat dengan beberapa insiden bot karam di perairan berdekatan sebelum ini.

“Bagaimanapun, siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah susulan penemuan mayat berkenaan setakat ini.

“Polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil segera bagi membantu siasatan,”katanya.