Mayat Murid Tawau Yang Hilang Tersangkut Di Bawah Timbunan Dahan

1812
Gambar ihsan Abdul Rahemang Taiming/bharian

TAWAU: Murid Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Bandar 1, Tawau, yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai berhampiran rumahnya di Kampung Saddani, Batu 2, Jalan Apas, dekat sini, petang kelmarin ditemui lemas pagi tadi (Isnin).

Mangsa, Muhammad Azizan Rosli, 9, ditemui penduduk kampung serta pasukan mencari dan menyelamat di kawasan belakang rumah mangsa pada jam 10.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata mayat mangsa ditemui tersangkut di bawah timbunan dahan kayu dan sampah-sarap dalam sungai.

Gambar ihsan Abdul Rahemang Taiming/bharian

“Pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kecederaan fizikal pada tubuh mangsa dan mayat dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan masih diteruskan sementara menunggu keputusan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan, di sini, Isnin.

Semalam, Muhammad Azizan dilaporkan hilang selepas dikhuatiri terjatuh ke dalam sungai berhampiran rumahnya. – Abdul Rahemang Taiming/bharian.com.my

BACA LAGI DISINI: –

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/01/372544/mayat-tersangkut-di-bawah-timbunan-dahan

BERITA BERKENAAN: –

Murid Tahun 3 Masih Hilang Selepas Jatuh Sungai Di Jalan Apas