Mayat Lelaki Ditemukan Dalam Longkang

PENAMPANG: Seorang lelaki tempatan ditemukan maut di dalam sebuah longkang di Pekan Donggongon pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.07 pagi itu, lelaki berusia 66 tahun itu didapati tidak sedarkan diri ketika ditemukan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Mohd Haris Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai telah terjatuh ke dalam longkang dan menyebabkan kecederaan di bahagian belakang kepala.

Pasukan perubatan yang bertugas mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

Hasil siasatan juga mendapati manga mempunyai masalah kesihatan dan tiada kesan kecederaan lain atau sebarang unsur jenayah.

“Manga telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).

“Oleh itu, polis menasihatkan orang ramai untuk tidak menularkan gambar manga di tempat kejadian untuk menjaga sensitiviti keluarga mangsa,” katanya.