Mayat Lelaki Dikhuatiri Dibaham Buaya Ditemukan Tidak Sempurna

Oleh ARDYHANSAH AMAT
TAWAU: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semalam, ditemukan mati oleh orang ramai tanpa kedua-dua tangan di Kampung Sungai Kalabakan, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Penolong Kanan Penguasa Bomba, Zulbada Alior berkata,  mayat mangsa, Sukrien Jesman Yusoff, 24, ditemukan penduduk kampung pada pukul 11.03 pagi tadi.

“Menurut komander operasi, mayat mangsa ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi kali terakhir dia dipercayai hilang.

“Orang ramai kemudian memaklumkan kepada bomba sebelum mayat lelaki itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Berikutan penemuan mangsa, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pukul 12.15 tengah hari tadi.

Semalam, Borneo Today melaporkan kehilangan seorang lelaki di Kampung Sungai Kalabakan ketika mandi di situ.

Menurut saksi kejadian, kehilangan mangsa dipercayai akibat dibaham buaya.

BERITA BERKAITAN :-

Lelaki Hilang Dikhuatiri Dibaham Buaya