Mayat Hilmi Hamizan Dijumpai Di Jeti Perikanan Lama Labuan

361

LABUAN: Remaja berusia 16 tahun, yang dikhuatiri lemas ketika memancing bersama-sama rakannya berhampiran jeti perikanan lama di sini pada Ahad pagi, dijumpai pada 10.15 pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Zainal Madasin berkata mayat Mohd Hilmi Hamizan Ahmad, pelajar tingkatan empat SMK Labuan, dijumpai terbenam di dalam lumpur di dasar laut.

“Mayat dijumpai kira-kira 20 meter dari lokasi di mana dia dipercayai lemas, dan dihantar ke hospital untuk dibedah siasat,” dalam kenyataan hari ni.

Operasi mencari dan menyelamat hari ini diteruskan seawal 7 pagi yang melibatkan Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), ujarnya.

Zainal berkata lebih 20 anggota terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat itu.

“Mangsa dikenali sebagai Mohd Hilmi Hamizan bin Ahmad Hassan berumur 16 tahun merupakan pelajar tingkatan 4 di sekolah SMK Labuan dikatakan mandi berhampiran jeti berkenaan, manakala dua lagi rakannya memancing di jeti tersebut.

“Rakan mangsa menyedari kehilangan mangsa selepas gagal menemukan mangsa yang dikatakan mandi berhampiran jeti tersebut. Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Nukleus, Labuan untuk proses bedah siasat.

“Maritim Malaysia, Zon Maritim Labuan mengambil berat akan isu keselamatan di laut yang melibatkan orang awam, pemancing dan bot-bot nelayan, tambah beliau.

Justeru, pihak APMM Labuan mengharapkan kerjasama dari orang ramai supaya membuat persiapan sewajarnya sebelum keluar ke laut berikutan keadaan cuaca tidak menentu.

Komuniti maritim khususnya disarankan agar merujuk dan mendapatkan maklumat berkaitan keadaan cuaca semasa sebelum turun ke laut.

Sebarang aduan dan kecemasan di laut boleh dilaporkan di talian 24 jam MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Labuan di talian 087-427999.

BERITA BERKAITAN : –

Pelajar Dikhuatiri Lemas Selepas Terjatuh Ke Laut Ketika Memancing