Mayat Ditemukan Semalam Dipercayai Pekerja Syarikat Di Brunei

LABUAN: Mayat yang ditemukan terapung di perairan sini semalam, dipercayai adalah mayat seorang petugas syarikat petrokimia yang berpengkalan di Brunei, Hengyi Industries Sdn Bhd.

Pemangku Ketua Polis Labuan DSP Mohd Ibrahim Ghani berkata ia berdasarkan laporan polis oleh petugas syarikat berkenaan pada 29 Dis lepas di balai polis Muara, Brunei.

“Mayat itu ditemui lengkap dengan pakaian tertera nama syarikat Hengyi, dan kami telah menghubungi syarikat berkenaan serta balai polis Muara, Brunei, susulan penemuan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata petugas itu dipercayai terjatuh kelaut semasa bekerja, dan menurutnya satu pasukan dari Hengyi dijangka tiba di Labuan esok untuk mengenal pasti identiti mayat.

Semalam Bernama melaporkan penemuan satu mayat oleh orang awam, terapung berhampiran Pulau Rusukan Kecil.

BERITA BERKAITAN :-

Mayat Lelaki Terapung Ditemukan di Labuan