Maxim Perluas Perkhidmatan Penghantaran Barangan Ke Tawau

TAWAU: Langkah Maxim Malaysia memperluas perkhidmatan hantar dan beli ke daerah ini membolehkan pelanggan di sini menerima perkhidmatan pengantaran barangan dari pintu ke pintu.

Justeru, pengguna e-Panggilan Maxim boleh mula mendapatkan perkhidmatan ini daripada sekarang.

Ciri baharu penghantaran barangan yang menawarkan servis penghantaran pintu ke pintu itu merupakan tambahan kepada ciri penghantaran kereta sedia ada.

Ia lebih efisien untuk digunakan bagi penghantaran barang, makanan dan dokumen kerana lebih pantas dan murah.

Seperti yang sedia maklum sesetengah perniaga dan pengguna di luar sana memerlukan khidmat ini untuk menghantar barang jualan serta barang keperluan harian dan Maxim Malaysia bersedia menawarkan harga yang lebih murah seiring dengan kecekapan masa.

Pengguna e-Panggilan Maxim Malaysia di Tawau boleh memulakan tempahan beli dan hantar anda bermula pada bulan September.

Bagi individu yang berminat menyertai Maxim Malaysia pula boleh mendaftar sebagai salah seorang pemandu Maxim.

Beberapa langkah mudah yang buat pemandu untuk mendaftar bersama kami, dan mula bekerja, anda perlu memuat turun aplikasi Taxsee Driver.

Pelancaran penghantaran barangan Maxim di Tawau dilancarkan sempena Hari Malaysia melibatkan 11 penunggang membawa Jalur Gemilang bersama papan iklan Maxim ke seluruh bandar Tawau

Konvoi ini bertujuan untuk meraih perhatian orang ramai mengenai perkhidmatan baru yang diperkenalkan oleh Maxim Malaysia.