Masih Belum Ada Keputusan Lantikan Ketua Menteri

Oleh PEMBERITA BORNEO TODAY
KOTA KINABALU: Rakyat Sabah masih perlu menunggu untuk mengetahui siapa akan dilantik Ketua Menteri berikutan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang menyaksikan tiada parti mutlak mencapai majoriti mudah.

Tumpuan kini terarah kepada Yang Dipertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin untuk menggunakan kebijaksanaan dalam membuat keputusan.

Walaupun Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ketua Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor telah berjumpa Juhar petang ini, namun masih tiada kata putus.

Disebabkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bukan parti berdaftar, maka masih ada kemungkinan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal turut berada dalam pertimbangan Juhar bagi mentadbir Sabah.

Warisan merupakan parti terbesar dengan jumlah 29 kerusi DUN manakala PN sebanyak 17 dan BN 14.