Maritim Labuan Tahan 12 Nelayan Vietnam

102

LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Labuan menahan 12 rakyat Vietnam kerana menangkap ikan secara haram kurang 9.5 batu nautika dari  Pulau  Mengalum dekat sini.

Bernama melaporkan pasukan itu juga merampas 60 kilogram hasil tangkapan daripada bot nelayan itu.

Pengarah Maritim Malaysia Labuan Kapten Maritim Che Adnan Md Isa berkata  agensi itu sedang menjalankan Operasi Naga Timur pada Jumaat apabila  apabila terserempak dengan bot nelayan itu pada 7.30 pagi tidak sampai 12 batu nautika dari Pulau Mengalum.

Che Adnan berkata dari kejauhan bot itu kelihatan seperti  bot nelayan asing  dan apabila diperiksa   didapati 12 orang rakyat Vietnam berumur antara 24 hingga 45 tahun berada dalam bot itu.

“Bot serta kesemua rakyat asing itu ditahan dan dibawa ke jeti Labuan untuk  siasatan di bawah  Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1988,” jelas Che Adann.

Beliau menyeru orang ramai supaya menghubungi pusat operasi Maritim Malaysia Labuan  di talian  087-427999 sekiranya terlihat sebarang aktiviti mencurigakan di laut.