MARITIM LABUAN PATAHKAN CUBAAN SELUDUP MINUMAN KERAS

LABUAN: Zon Maritim Labuan telah merampas sebanyak 140 krat minuman keras bernilai RM10,000 tidak bercukai yang disyaki diseludup keluar daripada Labuan semalam.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Komander Maritim Nor Bakari bin AbuBakar berkata, hasil daripada maklumat awam, bot peronda maritim telah mengesan sebuah bot di perairan Lawas ketika membuat rondaan OperasiBenteng Laut pada jam 11.30 malam.

Sejurus menerima aduan, bot peronda maritim terus kelokasi yang diberitahu dan mendapati sebuah van bersama bungkusandisyaki minuman keras.

Menurut Nor Bakari, separuh daripada bungkusan telah dipindahkan kekenderaan jenis Toyota Lite Ace yang berada di tebing sungai. Hasilpemeriksaan mendapati kenderaan tanpa pemandu itu memuatkanbeberapa tin minuman keras pelbagai jenis.

“Kesalahan yang dilakukan boleh disabitkan di bawah Akta Kastam 1967kerana menyeludup barangan tanpa membayar cukal.

Van serta barangan rampasan dibawa ke pejabat Zon Maritim Labuan melalui jalan darat untuk siasatan lanjut,” katanya.

Maritim Malaysia mengingatkan komuniti maritim serta masyarakat setempat untuk memberikan kerjasama menyalurkan maklumat ditalian 087-427999 sekiranya terdapat sebarang aktiviti yang mencurigakan khususnya penyeludupan dan melarikan cukai kerajaan.