Mantan Setiausaha Kerajaan Sabah Sukarti Dilantik Pengerusi YPL

1466

LABUAN: Mantan Setiausaha Kerajaan Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman dilantik sebagai Pengerusi Yayasan Pembangunan Labuan berkuatkuasa pada 1 April 2019.

Sukarti, 65 tahun yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Sosiologi dan Antropologi dari Universiti Malaya merupakan anak jati Labuan.

Sukarti Wakiman

Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 41 tahun, di awal perkhidmatan sebagai Pegawai Tenaga Manusia di Kementerian Kemajuan Tenaga Manusia dan Alam Sekitar Sabah, memegang pelbagai jawatan penting di beberapa jabatan dan Kementerian sehingga menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah ke-8 dari tahun 2007 hingga beliau bersara wajib pada 9 Januari 2014, walaubagaimanapun tempoh perkhidmatannya dilanjutkan 4tahun 6 bulan.

Pengetahuan dan kredibiliti yang dimilik oleh Sukarti akan membolehkan beliau melaksanakan tugas ini dengan berkesan dan seterusnya membina pasukan pengurusan yang kuat dan komited, meningkatkan keupayaan Yayasan Pembangunan Labuan membantu kerajaan dan memperkasakan rakyat Labuan dalam membawa pembangunan holistik dan berdaya saing.

Pemilihan pengerusi baru ini juga diyakini akan dapat mempertingkatkan lagi
fungsi dan peranan yayasan ini sebagai pertubuhan awam yang bergiat aktif di pulau
Labuan dalam memberikan bantuan dan memperkasakan usaha ke arah kesejahteraan tempatan khususnya dan negara secara amnya.

Yayasan Pembangunan Labuan (YPL) telah ditubuhkan di bawah Akta Yayasan Labuan 2010 dengan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan pada 3hb
Januari 2014.

Penubuhan YPL adalah untuk membantu pembangunan Labuan hari ini sebagai wilayah yang makmur, berdaya saing, ceria dan progresif serta mesra rakyat.

Teras perjuangan YPL adalah merangkumi beberapa sektor utama: kesejahteraan dan khidmat masyarakat, pendidikan, kerohanian, seni budaya dan pembangunan keusahawanan.