Mantan MP Suhaili Rahman Sahkan Ketuai Pribumi Labuan

2621
Suhaili Rahman bersama pengasas-pengasas Pribumi Labuan.

LABUAN: Mantan Ahli Parlimen Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman mengesahkan mengetuai jawatankuasa penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Labuan.

Beliau berkata demikian apabila dihubungi selepas sekumpulan pengasas PPBM Labuan bertemu dengannya untuk membincangkan kepimpinan parti itu di pulau bebas cukai sini.

“Saya bersetuju memimpin parti itu seperti yang diminta oleh pengasas-pengasas PPBM Labuan.

“Saya hanya boleh berkata, PPBM akan membantu mengukuhkan Pakatan Harapan di Labuan demi kepentingan pulau ini dan rakyatnya,” katanya.

Salah seorang pengasas, Johari Abidin berkata Suhaili yang berpengalaman sebagai ahli politik yang mempunyai rekod yang baik sebagai Ahli Parlimen Labuan, sudah pun menjadi ahli berdaftar seumur hidup PPBM (nombor keahlian: 00282803) sejak Mac tahun ini.

SUHAILI RAHMAN

“Seperti yang kita ketahui kepimpinannya, beliau telah menjadi Ahli Parlimen selama dua penggal, dan 90 peratus daripada pembangunan di pulau ini adalah masa beliau menjadi MP, kami berasa dia harus diberi peluang untuk memimpin parti politik sekali lagi,” katanya dalam jawapan mesej WhatsApp.

Pengasas lain, Marakan Zainal yang juga Pengerusi Badan Pengurusan Bersama Taman Mutiara Permai berpendapat, pendekatan kepimpinan yang mudah diterima yang ada pada Suhaili akan membolehkannya memimpin PPBM diterima oleh rakyat di pulau ini.

“Kami percaya rakyat dan mantan pemimpin-pemimpin masyarakat masih ingat rekod kepimpinan Suhaili terutamanya dari segi pembangunan pulau ini,” katanya.

Markan berkata semasa Suhaili menjadi ahli parlimenarlimen, Labuan telah menerima peruntukan besar daripada Kerajaan Persekutuan kerana hubungan rapatnya dengan para pemimpin di sana.

“Oleh kerana umur bukan penghalang, Suhaili akan mampu membuat yang terbaik untuk Labuan,” katanya.

Bekas calon pilihan raya umum Parti Harapan Rakyat Sabah ke-14 Labuan Siti Zaleha Ibrahim yang menyertai PPBM berkata beliau adalah antara ahli PPBM Labuan yang bertemu Suhaili dan memintanya memimpin parti itu.

“Kami mempunyai keyakinan kepadanya, biarlah proses berjalan, walaubagaimanapun, sudah tentu dia masih pemimpin yang berwibawa Labuan, menjadi ahli Parlimen dua penggal, dia harus tahu apa yang perlu dilakukan untuk Labuan,” katanya.

PPBM Sabah dijadualkan akan dilancarkan pada 6 April oleh pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Labuan PH mengalu-alukan kemasukan parti itu bke pulau ini.

Dilaporkan pada Disember tahun lalu, PPBM telah mendaftarkan lebih daripada 1,500 orang di Labuan sebagai ahlinya.