Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, mangsa, Azmi Abdul Hamid,38, mengalami kecederaan dalam kemalangan berkenaan.
Ketua Balai BBP Beaufort, Mohamad Hasbullah Nenggok berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada jam 1.29 pagi dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.
Apabila tiba di lokasi, didapati terdapat dua kenderaan bertembung dan seorang mangsa tersepit dalam kenderaan. Mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dengan menggunakan peralatan khas.
Sementara itu, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.
Operasi tamat sepenuhnya pada jam 2 pagi selepas memastikan tiada lagi bahaya lain yang wujud.