Mangsa Kedua Ditemui, Usaha Mencari Dan Menyelamat Dipertingkat

259

Oleh BORNEOTODAY
LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Labuan telah menerima laporan berkenaan penemuan mangsa kedua pada jam lebih kurang 11 malam, semalam.

Kepten Maritim Che Adnan bin Md Isa, Pengarah Zon Maritim Labuan memaklumkan mangsa kedua iaitu Faruk Arina bin Ahmad Sabri ditemui oleh Pasukan Bomba Sukarela Kampung Punang bersama penduduk kampung di persisiran pantai Pulau Sari Besar dalam keadaan terapung.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi SAR dipertingkatkan lagi hari ini dengan menambah aset di kawasan pencarian untuk mencari seorang lagi mangsa.

“Aset yang terlibat pada hari ini adalah sebuah pesawat Bombadier 415MP milik Maritim Malaysia, masing-masing sebuah bot daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan 2 Awam Malaysia (APM).

“Sebanyak empat buah bot penduduk kampung turut serta dalam membantu pencarian,” ujarnya

BERITA BERKIATAN: –

Seorang Pemancing Ditemui Maut, Dua Lagi Masih Hilang