Mangsa Banjir Kembali Meningkat Kepada 1,054 Orang

Oleh SURAIDAH ROSLAN
KOTA KINABALU: Bilangan mangsa banjir di tiga daerah di Sabah terus meningkat kepada 1,054 orang, berbanding 951 orang pagi tadi.

Setakat 4 petang, bilangan mangsa terjejas banjir di Kota Marudu, Pitas dan Beaufort telah meningkat kepada 1,054 daripada 412 keluarga.

Berdasarkan kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, setakat 4 petang tadi, 96 kampung terjejas banjir di ketiga-tiga daerah tersebut.

Bilangan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kekal lapan dan keseluruha kampung terjejas banjir termasuk di Tongod adalah 101 buah kampung.

Setakat 4 petang, bilangan mangsa di empat PPS Kota Marudu adalah serama 885 orang mangsa dari 365 keluarga.

Manakala, di tiga PPS Pitas kekal dengan 145 orang daripada 38 keluarga dan di PPS Beaufort juga kekal menempatkan 24 orang daripada sembilan keluarga.