Kesemua 829 mangsa terjejas itu dipindahkan di lapan buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Angkatan Pertahanan Awam merangkap Sektretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan trend pemindahan mangsa di dua PPS ketika ini menunjukkan peningkatan.
Daerah yang terjejas teruk akibat air pasang besar adalah Pitas dengan 661 mangsa daripada 148 keluarga dipindahkan ke PPS.
Setakat ini, enam PPS dibuka di Pitas iaitu PPS Dewan Kampung Mempakad, Balai Raya Agropolitan Kamung Pinggan-Pinggan, Dewan Terbuka Kampung Salimpodon, Gereja Kampung Rosob dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pinggan-Pinggan.
Sementara itu, di Kota Belud, seramai 123 mangsa dari 34 keluarga dipindahkan ke PPS manakala, di Kota Kinabalu 45 mangsa daripada 14 keluarga dipindahkan.
Di Kota Belud dan Kota Kinabalu masing-masing memperlihatkan satu PPS dibuka iaitu Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa, Kota Belud dan Dewan Muhibbah Sembulan, Kota Kinabalu.