Malaysia Rekod 3,780 Kes COVID Baharu Hari Ini

KUALA LUMPUR: Kes baharu COVID-19 di negara ini menunjukkan sedikit penurunan dengan 3,780 kes direkodkan hari ini berbanding 4,140 kes semalam.

Tambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kes positif keseluruhan di Malaysia kini 470,110 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitter berkata dalam tempoh itu, Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,275 kes diikuti Sarawak (405) dan Kedah (363).

Kelantan merekodkan 357 kes diikuti Kuala Lumpur (342); Johor (224); Pulau Pinang (187); Pahang (159);  Melaka (122);  Perak (115); Sabah (87); Negeri Sembilan (70); Terengganu (58); Putrajaya dan Labuan masing-masing tujuh kes serta Perlis mencatatkan dua kes.