Mahkamah Batalkan Kemenangan Anifah Aman Di Parlimen Kimanis

1015
Penyokong Datuk Karim Bujang meraikan keputusan Mahkamah selepas Hakim Lee Heng Cheong membatalkan Kemenangan Ahli Parlimen Kimanis dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

KOTA KINABALU: Kemenangan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) terbatal.

Mahkamah Pilihan Raya membuat keputusan tersebut selepas pemeriksaan semula ke atas peti-peti undi mendapati terdapat unsur-unsur manipulasi termasuk penambahan kertas undi secara tidak sah yang melanggar undang-undang pilihan raya.

Hakim Lee Heng Cheong berkata, penambahan kertas undi tidak berkaitan adalah satu kesalahan serius yang telah mempengaruhi keputusan pilihan raya itu, justeru kemenangan tersebut terbatal.