Shafie menyatakan hasratnya itu semasa berucap di dalam program beramah mesra bersama rakyat di Kampung Lokub, Kiulu, di sini, hari ini.
“Bila kita (Warisan Plus) jadi pemerintah, saya akan bagi jawatan Timbalan Ketua Menteri sama Madius…dia confirm jadi Menteri, Timbalan Ketua Menteri,” katanya.
“Sekarang kuasa ada ditangan rakyat untuk mengundi siapa yang mereka mahu. Jangan ajar orang Sabah, apa kita mahu. Sudah berpuluh tahun pemimpin di Kuala Lumpur ajar apa kita mahu. Sekarang kita tunjuk mereka rakyat Sabah tahu apa yang kita mahu,“ katanya.
Shafie turut menyeru rakyat Kiulu untuk menolak parti Malaya dan memilih parti tempatan bagi memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah.
Menurut Madius, kajian tersebut adalah usahasama beliau bersama Institute for Development Studies (IDS) yang akan menjadi garis panduan bagi pelaksanaan pejabat daerah kecil Kiulu untuk beroperasi setelah diluluskan Kabinet pada Julai lepas.
“Ini membuktikan komitmen kerajaan Warisan Plus dalam memberikan pembangunan secara menyeluruh dan dalam masa yang sama memperjuangkan hak rakyat Sabah demi keharmonian bersama,” katanya.
Bagi Angelah Bahai, 27, anak jati Kampung Nulu, Kiulu; beliau berkata perumpamaan tidak kenal maka tidak cinta amat sesuai dengan calon N. 15 Kiulu itu.
“Mungkin kalau dari jauh orang akan rasa dia tidak peramah tetapi dia sebenarnya tidak sombong dan sangat mesra dengan orang kampung. Saya sebenarnya sangat teruja dapat berjumpa dengan Datuk Madius hari ini, “katanya.
Manakala bagi Karijah Ganggai, 75, dan Lompoi Atul, 68, mereka melihat Madius sebagai sosok pemimpin yang terbaik untuk Kiulu.
“Kami kenal dia sebab dia ini orang kampung sini juga. Banyak dia tolong kalau untuk orang kampung sama orang UPKO dari dulu lagi dia ini sama UPKO,” kata Karijah.
Kedua ipar duai ini turut menyatakan sokongan buat Presiden UPKO tersebut dan mengharapkan beliau dapat membawa pembangunan di kawasan Kiulu.