Madius: Jadikan Sekolah Bebas Pengaruh Dadah

499
TKM mencuba menulis ayat dalam bahasa cina.

Oleh BORNEOTODAY
TUARAN : Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau mengingatkan pentingnya menjadikan sekolah sebuah tempat selamat tanpa adanya pengaruh dadah ketika berucap merasmikan Pesta Ang Pau di SJK(c) Kok Wah, Telibong pagi ini.

Kes penculikan dan mencederakan kanak-kanak di Telipok Ria merupakan salah satu contoh terdekat betapa bahayanya penyalahgunaan dadah, katanya.

Madius menyifatkan masalah dadah itu tidak mustahil boleh merebak kepada pelajar suatu masa nanti memandangkan kawasan itu berhampiran dengan beberapa buah sekolah.

TKM menunjukan hasil tulisan kaligrafi cina bersama dengan Guru Besar Lee Mun Lee(dua kanan)

Dilaporkan tempat berkenaan bukan sahaja wujud aktiviti penagihan dan pengedaran dadah malah merupakan sarang pendatang tanpa izin. Justeru itu, Madius menegaskan perlunya kerjasama masyarakat dan kerajaan untuk membanteras isu itu.

Penglibatan semua pihak penting agar sebarang kes berkaitan dadah dan pendatang tanpa izin dapat dilaporkan. Namun, terdapat segelintir orang tempatan pula bersubahat dengan menyewakan rumah kepada PTI, tambah Madius.

Menurut Lee Mun Lee, Guru Besar sekolah tersebut melaporkan tiada sebarang unsur masalah penyalahgunaan dadah di sekolah ini.

Seramai 188 orang murid menerima Ang Pau semasa sesi penyerahan yang di sampaikan oleh timbalan ketua menteri merangkap ahli parlimen Tuaran.

Beliau berharap SJK (c) Kok Wah, Telibong akan terus cemerlang dalam pencapaian akademik.

Seperti tahun-tahun sebelumnya sekolah tersebut mencapai sehingga 80% pelajar lulus Ujian peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR).

TKM bergambar bersama dengan murid-murid selepas majlis penyerahan ang pau.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Encik Foh Vun Hin, Yang diPertua PIBG Christine Sundang, wakil Balai Polis Tuaran, tetamu khas, ibubapa dan guru-guru.

Sementara itu, Madius turut sempat melawat dan menyampaikan sumbangan kepada asrama Tarbiyyatun Nisa, Pondok Pengajian Muslimah, di Kg Tambalang yang terbakar semalam.

Sumbangan itu diterima oleh Ustaz Abdul Halim Abbas, Penasihat Sekolah itu dengan disaksikan oleh Guru besar sekolah itu Rosnani Untol dan tenaga pengajar serta 52 orang pelajar asrama tersebut.