MA63: Anifah, Jeffrey Cakap Besar Tapi Gagal Tunai

2587

Oleh AZIS KHAN
KIMANIS: Terrence Siambun telah menyangkal dakwaan yang Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Shafie Apdal tidak pernah memperjuangkan isu MA63, sebaliknya sesetengah pihak memdakwa bahawa Anifah Aman dan Jeffrey Kitingan lah yang telah membawa isu itu untuk mendapat perhatian kerajaan pusat.

Beliau yang juga Bendahari Agung Parti sebaliknya menegaskan bahawa isu itu kini lantang diperjuangkan oleh Ketua Menteri semenjak Warisan dipilih menjadi kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Panglima Shafie Apdal.

‘Sesiapa sahaja boleh mengeluarkan kenyataan, membuat forum malah memperkatakannya hingga ke Dewan Rakyat tentang MA63 tetapi yang paling utama adalah soal penyampaian (delivery)’

‘Jeffrey Kitingan dan beberapa bekas rakannya di PBS telah bercakap mengenai hak Sabah dan 20 Perkara begitu lama tetapi hakikatnya bahawa Kerajaan Pusat yang lama sebenarnya tidak berminat untuk mendengarkannya dengan serius.’

‘Kenapa? Kerana walaupun Kitingan, tanpa disangkal, mempunyai pengaruh dan penyokong dikawasan pedalaman, beliau tidak berjaya mendapatkan sokongan daripada keseluruhan negeri Sabah, akibat tindak tanduknya sendiri didalam perjalanan politiknya, termasuk tidak pernah mencuba dengan serius untuk ke Pantai Timur Sabah dan menerangkan kepada masyarakat disana perihal MA63.

‘Jadi, adakah Kerajaan Pusat mampu dipengaruhi untuk menerima bulat-bulat apa yang dicanangkan oleh Kitingan mengenai MA63 sedangkan hanya sebilangan kecil yang menyokongnya? Saya fikir kerajaan pusat pada ketika itu hanya melihat beliau sebagai seorang lagi ‘Ibrahim Ali’, kontroversi tetapi tidak cukup berbahaya untuk menggugat BN’

Siambun mengulang ketegasannya bahawa melalui WARISAN dah rakan Pakatan Harapan (PH) Sabah yang lain yang membuatkan kerajaan pusat terdahulu melihat MA63 secara serius.

‘Semasa tempoh 2009-2013, banyak parti politik, organisasi dan orang perseorangan bercakap mengenai MA63, tetapi yang lantang bersuara ketika itu adalah Zainnal Ajaiman dan Tan Sri Simon Sipaun. Isu itu menarik perhatian negara apabila bekas Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem menjadikannya agenda utama pentadbirannya.

Tetapi melalui kerja keras Datuk Seri Panglima Shafie Apdal dan Datuk Darell Leiking yang mengukuhkan pemahaman dan kerjasama antara WARISAN dan pemimpin PH Sabah serta aktivis tempatan seperti Zainnal Ajaiman, Tan Sri Simon Sipaun, Michael Peter Govind dan ramai pemimpin akar umbi yang lain yang kini menjadikan MA63 agenda utama Sabah, sesuatu yang bukan Zahid Hamidi atau Musa Aman ambil serius ketika mereka menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah.

Oleh itu, jika ada individu yang layak menerima pengiktirafan mengenai MA63 ini, ia harus diberikan kepada Zainnal Ajaiman yang menulis 2 buah buku, menganjurkan pelbagai forum dan menjelajah seluruh Sabah menggunakan dana peribadi untuk mendidik dan menjelaskan peri-pentingnya MA63, bukannya Anifah atau Kitingan.

‘Buktinya, Zainal telah dijemput sebagai tetamu oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk berkongsi pandangan mengenai MA63, tetapi apa yang boleh dibuktikan Kitingan? Jika benarlah beliau menjadi pejuang sejati MA63, setentunya beliau mendapat penghormatan yang sama tetapi realitinya, beliau kini malah disekat daripada memasuki Sarawak!’

‘Bagi Anifah, beliau tidak pernah membuat impak mengenai MA63 dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Haji Openg pernah berkata yang Jawatankuasa Teknikal Penurunan Kuasa oleh Anifah yang dipengerusikan bersama Nancy Shukri, adalah badan tanpa kuasa dengan kedua-duanya tidak berada dalam kedudukan untuk memahami keluh-kesah Sarawak terhadap Kerajaan Pusat’ katanya mengakhiri kenyataan terbabit.