Lumrah Tugas, Yang Berkhidmat Jatuh Jambatan

752

 

ROBOH – bahagian laluan jambatan yang rapuh.

Oleh BORNEOTODAY
SANDAKAN: Jambatan di Kampung Bahagia telah dibaik pulih dengan serta merta setelah roboh dan rosak dalam satu kejadian pada Sabtu lalu.

Jambatan yang menjadi laluan utama penduduk sekitar roboh pada bahagian tengah dan telah mengakibatkan kerosakkan sepanjang kira-kira 10 meter.

SERTA-MERTA – kerja-kerja baik pulin giat dijalankan.

Difahamkan ketika kejadian, jambatan tersebut roboh ketika sekumpulan penduduk kampung beserta rombongan pegawai kerajaan melalui laluan jambatan yang diperbuat daripada kayu yang kelihatan sedikit rapuh, selepas selesai sesi lawatan kerja disitu.

Turut dilaporkan seorang YB (Yang Berhormat) telah terjatuh bersama-sama pegawai, kakitangan dan penduduk kampung. Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan serius berlaku.