Lori Hangus Terbakar

TAWAU: Sebuah lori membawa muatan makanan musnah dalam kebakaran di Batu 14, Jalan Apas, di sini, semalam.

Menurut juru cakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.03 petang.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau bergegas ke lokasi kejadian untuk mengawal keadaan.

“Sebaik tiba di situ, sebuah lori yang sarat dengan muatan makanan sedang terbakar,” katanya menerusi kenyataan media, semalam.

Kerja pemadaman api segera dilakukan dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 4.30 petang.

Sehingga kini, JBPM masih menyiasat punca kebakaran dan jumlah kerugian yang ditanggung mangsa.

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan berlaku,” katanya.