LHDN Cawangan Keningau Ditutup Sementara Untuk Sanitasi

KUALA LUMPUR: Kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Keningau di Sabah ditutup sementara mulai esok hingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak bagi memberikan laluan kepada kerja-kerja sanitasi.

Menurut kenyataan LHDN hari ini, sepanjang tempoh itu pembayar cukai disaran melakukan urusan percukaian secara dalam talian.

Bagi sebarang pertanyaan serta maklum balas, orang ramai boleh menghubungi LHDN menerusi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara), HASiL Live Chat atau borang maklum balas di portal rasmi LHDNM di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.