Lelaki Rebah Di Restoran Meninggal Dunia

Gambar Facebook.

PENAMPANG: Seorang lelaki warga emas yang berusia 67 tahun yang rebah dan tidak sedarkan diri di sebuah restoran di Plaza 333, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Mohd Haris Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 10.50 pagi itu, lelaki berkenaan difahamkan rebah di restoran berkenaan.

Beliuau berkata, pemeriksaan oleh pasukan perubatan mendapati mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, siasatan awal dan keterangan daripada anak mangsa yang berada di lokasi kejadian memaklumkan mangsa pernah menjalani rawatan sebagai pesakit jantung sebelum ini.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat dan saringan Covid-19.

Mohd Haris turut menasihatkan orang awam supaya tidak menularkan gambar mangsa di tempat kejadian bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).