Lelaki Mengamok Bersenjata Di Bandar Labuan Ditangkap

Pisau dapur yang digunakan untuk mengamok.

LABUAN: Seorang warga Filipina yang mengamuk dengan pisau dapur ditangkap oleh polis awal pagi tadi (Isnin).

Penagih dadah berusia 28 tahun itu mempunyai masalah dalaman keluarga dengan adik-beradiknya sebelum dia memutuskan ‘mengamok’ di pusat bandar.

Ketua Polis Labuan Supt.  Muhammad Farid Ahmad berkata kejadian itu berlaku pada pukul 1.40 pagi apabila dia ditemui berlari dengan keadaan marah dengan pisau ditangannya oleh anggota polis peronda di hadapan Restoran LPS.

“Terjadi pergelutan dengan anggota polis ketika mereka cuba menangkap lelaki itu, tetapi anggota kami berjaya mengawalnya,” katanya hari ini.

Siasatan awal mendedahkan lelaki itu, seorang buruh binaan dan mengambil pisau dari dapur restoran yang masih beroperasi berdekatan tempat kejadian dan ‘mengamok’ di kawasan itu.

Kawasan itu dianggap sebagai pusat hiburan di mana terdapat beberapa pusat karaoke, kelab malam dan kedai kopi.

Lelaki itu telah direman selama empat hari bermula hari ini dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 6 Bahan-bahan Kakisan dan Bahan Letupan dan Senjata Sengaja 1958.