Dalam kejadian pada jam 2.50 petang itu, mangsa, Shang Yun Fui, 43, dilaporkan pengsan semasa mendaki dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan bagi membantu mengangkat mangsa pada pukul 2.50 petang dan sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Pasukan bomba membantu membawa turun mayat mangsa dengan menggunakan alat pengusung dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada jam 11 malam.