Lelaki Maut Dilanggar 2 Kenderaan Di Tenom

TENOM: Seorang lelaki maut dilanggar 2 kenderaan di Jalan Tenom – Keningau, di sini, malam semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom, Mohd Zainal Sinsian berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 8.46 malam.

Katanya, sepasukan bomba dan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 2 kilometer dari balai.

“Kemalangan jalanraya melibatkan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50an yang telah dilanggar oleh dua buah kenderaan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini

Katanya, pasukan bomba menyerahkan jenazah mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya serta membuat pembersihan di sekitar lokasi berkenaan.

Operasi ditamatkan jam 9.22 malam.