LELAKI INDONESIA MENGAMUK DI KG SG BANGAT DITAHAN

For illustration only / Sekadar ilustrasi sahaja

LABUAN: Seorang lelaki warganegara Indonesia yang dipercayai mengalami masalah mental tiba-tiba bertindak agresif dan mengamuk menggunakan sebilah pisau di rumahnya di Kg Sg Bangat  di sini pada Rabu malam.

Lelaki berumur 29 tahun itu yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri turut mengancam untuk menikam anggota polis yang tiba di tempat kejadian.

Ketua Polis Labuan Supt Muhamad Farid Ahmad berkata keadaan itu bagaimanapun berjaya dikawal anggota polis dengan lelaki itu berjaya ditahan.

Polis merampas pisau berukuran 36cm daripada lelaki itu serta menemukan pedang ‘Samurai’ sepanjang 110cm dalam bilik tidur lelaki itu, katanya dan menurutnya punca kejadian sedang disiasat.