Lelaki Hilang Ketika Memancing, Dikhuatiri Dibaham Buaya

178
Gambar hiasan.

Oleh SURAIDAH ROSLAN
LAHAD DATU: Seorang lelaki warga Indonesia dikhuatiri dibaham buaya dilaporkan hilang ketika sedang memancing ditepi sungai di Ladang Tabin Hap Seng Plantation Jalan Temenggung, di sini pada Ahad.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan mengenai kejadian kehilangan lelaki itu pada 8 pagi Isnin dan sebuah kenderaan utiliti bersama seorang pegawai serta tiga anggota bergegas ke lokasi.

Lelaki warga Indonesia yang dikenali sebagai Rudy Gessa itu dilaporkan hilang pada 4 petang Ahad ketika melakukan aktiviti memancing di tepi sungai di ladang berkenaan.

Bertindak atas laporan, pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).