Lelaki Hilang Ditemukan Lemas Di Sungai Merungin, Ranau

99

RANAU: Lelaki yang dilaporkan hilang di Sungai Merungin 2 pada petang Khamis akhirnya ditemukan mati lemas pada jarak 500 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat, di sini pagi tadi (Sabtu).

Mangsa, Mohd Azrul,23, ditemukan lemas oleh orang awam pagi tadi dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh polis.

Mayat mangsa diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan susulan.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah sejak Khamis dalam jarak 2-6km dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang.

Pada Khamis, Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah dimaklumkan mengenai kehilangan mangsa pada 2.40 petang. Mangsa dikatakan sedang mandi di sungai sebelum dilaporkan hilang.

BERITA BERKAITAN :-

Lelaki Dipercayai Lemas Ketika Mandi-Manda