Lelaki Hilang Di Sungai Segaliud Ketika Menjala Ikan Ditemui Lemas

KINABATANGAN: Lelaki yang dilaporkan hilang ketika menjala ikan di Sungai Segaliud dekat sini, ditemui lemas oleh pasukan mencari dan menyelamat, Ahad petang.

Mayat Nasrun Utik, 50, ditemui dalam keadaan terapung di sungai terbabit pada jam 4 petang.

Gambar-gambar ihsan BOMBA KInabatangan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Nurul Azlan Jamalludin, berkata mayat ditemui berhampiran lokasi mangsa dilaporkan terjatuh Sabtu petang.

Katanya, ketika ditemui, mayat mangsa dalam keadaan masih lengkap berpakaian.

“Mayat mangsa sudah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari Ahad.

Pada hari Sabtu, Nasrun dilaporkan hilang selepas keluar menjala ikan di sungai itu kira-kira jam 2.30 petang.

Penduduk menemui bot mangsa tersadai di tengah sungai sebelum melaporkan kejadian kepada bomba. – Poliana Ronnie Sidom/ bharian.com.my

BERITA SELANJUT: –

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/11/355624/lelaki-hilang-ditemui-lemas