Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Macheal berkata dengan perkembangan itu, operasi mencari membabitkan pasukan bomba, polis, penduduk kampung, unit dron serta unit anjing pengesan dihentikan jam 3 petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, 21 Februari lalu, lelaki berkenaan yang dikenali
Petrus Liman, 49, dipercayai telah masuk hutan dan sehingga kini belum pulang ke rumah.
Motif lelaki itu masuk ke dalam hutan tidak diketahui dan kehilangannya dilaporkan kepada pihak berkuasa oleh abang iparnya.
Operasi mencari hari kedua bermula 7.35 pagi tadi di sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang.
“Mangsa telah dijumpai oleh orang awam di Batu 7 Sandakan dalam keadaan selamat.
“Setelah mendapat pengesahan daripada pihak polis dan ahli keluarga mangsa, operasi mencari ditamatkan sepenuhnya jam 3 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.