Lelaki Ditahan Rogol Anak Saudara Berulang Kali

Gambar hiasan sahaja.

Oleh ARDYHANSAH AMAT
TAWAU: Kemurungan dan trauma seorang remaja perempuan berumur 17 tahun akhirnya terjawab selepas dia mendakwa menjadi mangsa pemuas nafsu bapa saudaranya di kediaman lelaki itu di Merotai, dekat sini, sejak dua tahun lalu.

Difahamkan perkara itu terbongkar selepas mangsa berjaya melarikan diri dan merayu untuk tinggal di rumah seorang lagi ibu saudaranya pada 20 Jun lalu.

Bagaimanapun, peristiwa hitam itu hanya diketahui ibu saudaranya pada Isnin lalu selepas mangsa memberanikan diri membuka mulut dan menceritakan perkara yang menimpa dirinya.

Mangsa mengadu kerap dirogol oleh suspek, 49, ketika tinggal di rumah lelaki itu sejak tahun 2018.

Berikutan dengan itu, satu laporan polis dibuat ibu saudara mangsa Selasa lalu sekali gus membawa penahanan suspek pada hari sama.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, suspek berjaya ditahan kini direman selama tujuh hari bermula semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379(3) dan Seksyen 376 (A) Kanun Keseksaan.