Lelaki Cuba Bunuh Diri Belum Ditemukan

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang dipercayai cuba membunuh diri di sebuah apartmen di Jalan Sulaman dilaporkan hilang.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.16 pagi itu, lelaki berbangsa Cina berusia 36 tahun dilaporkan cuba membunuh diri dengan menggantung kain sarung di kipas siling.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, seorang wanita melaporkan kepada polis bahawa tunangnya menghantar gambar sehelai kain sarung terikat di kipas siling rumah abang pengadu.

Pengadu terus menghubungi bomba untuk meminta bantuan dan pegi ke alamat rumah abang pengadu kerana tunangnya yang tinggal di rumah tersebut disyaki cuba membunuh diri.

Walau bagaimanapun, setelah bomba sampai, tunang pengadu tidak berada di lokasi kejadian. Namun, kain sarung yang terikat di kipas siling dan satu nota ditinggalkan di rumah tersebut.

Pengadu kemudian meminta polis untuk menjejaki keberadaan tunangnya.