Lelaki Cedera Di Kaki Akibat Dibaham Buaya

Oleh TERTIA JACOB
SANDAKAN: Seorang lelaki terpaksa menerima tujuh jahitan di kaki akibat digigit buaya ketika menangkap ikan dalam kejadian di kuala Sungai Arang di Kampung Batu Putih, di sini, pada pagi Ahad.

Dalam kejadian ketika jam 10 pagi itu, mangsa, Suhaimi Ahmad, 20, yang juga warga asing dipercayai turun ke sungai itu bersama bapanya dengan menggunakan perahu berasingan.

Pegawai Hidupan Liar Sandakan, Hussien Muin, berkata berdasarkan siasatan awal yang dilakukan pihaknya, mangsa mendakwa diserang haiwan berkenaan ketika berada dalam perahu.

“Akibat kecederaan yang dialami di kaki kiri, mangsa menerima tujuh jahitan di sebuah klinik swasta di sini.

“Mangsa mendakwa anggaran saiz buaya kira-kira 4.5 meter,” katanya di sini hari ini.

Susulan kejadian itu, Hussien menasihatkan  penduduk kampung dan kawasan sekitar agar tidak menjalankan sebarang aktiviti menangkap ikan di kawasan tersebut dan sentiasa berwaspada.