Lelaki Berpakaian Sukan Ditemukan Mati Di Kenderaannya Di Labuan

LABUAN: Seorang lelaki berusia 33 tahun ditemui mati dalam kenderaan pacuan empat roda miliknya yang diparkir di tepi jalan berhampiran tempat pendakian (hiking spot) Tanjung Kubong pada Isnin petang.

Lelaki itu ditemui di tempat duduk keretanya dengan enjin masih hidup oleh sekumpulan pejalan kaki sekitar jam 6 petang.

Ketua Polis Labuan Supt. Muhamad Farid Ahmad berkata, bilik operasi polis Labuan menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan lelaki itu pada pukul 6.25 petang dan segera menghantar pasukan peronda ke lokasi kejadian.

“Lelaki berkenaan memakai pakaian sukan ketika dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam keretanya oleh sekumpulan pendaki, dan pasukan perubatan mengesahkan bahawa lelaki itu telah mati dan tidak ada unsur penjenayah hingga kematiannya,” katanya kepada wartawan hari ini.

Berdasarkan siasatan awal si mati mempunyai sejarah perubatan mengalami tekanan darah tinggi.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut dan bedah siasat dilakukan hari ini.