Lebih 90 Warga Kerja KPLB Sabah Jayakan Hari Sukan Kementerian

109
Ewon menyampaikan piala pusingan kepada Fredian.

KOTA KINABALU: Lebih 90 warga kerja Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS) menjayakan Kejohanan Badminton Kelab Sukan KPLBS pada Hari Sukan Peringkat kementerian sempena Bulan Sukan Negara.

Majlis itu disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick, di Dewan KPLBS, di sini, baru-baru ini.

JUARA … Fredian (berdiri, tengah) bergambar bersama pasukannya.

Dua kategori dipertandingkan pada kejohanan itu, iaitu bergu lelaki dan wanita dan bergu campuran. Selain badminton, acara lain yang turut diadakan ialah pertandingan bowling kelapa, darts dan cabutan tiket bertuah.

Tempat pertama dimenangi Pasukan Setiausaha Tetap (SUT), tempat kedua Kumpulan Menteri, Pasukan Pembantu Menteri 1 (ketiga) dan Pasukan Pembantu Menteri 2 (keempat).

TEMPAT KEDUA … Ewon (tengah) bergambar bersama pasukannya.

Ketika berucap pada majlis itu Ewon berharap acara sukan seumpama itu dapat merapatkan lagi silaturahim dan kerjasama sebagai satu pasukan di KPLB Sabah.

“Kejohanan badminton ini bukan sekadar untuk mengisi sambutan Bulan Sukan Negara peringkat KPLB Sabah tetapi juga memberi peluang kepada para pegawai dan kakitangan kementerian merapatkan silaturahim dan kerjasama sebagai satu pasukan kerja.

TEMPAT KETIGA … Pasukan Pembantu Menteri 1.

“Tahniah kepada Kelab Kebajikan dan Rekreasi KPLB Sabah atas kejayaan menganjurkan Kejohanan Badminton ini,” katanya.

Turut hadir Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Rasinin Koutis dan Hj.Dumi Pangiran Hj Masdal, Setiausaha Tetap Fredian Gan, Timbalan Setiausaha Tetap Aftar Nurajat, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan kementerian. – Cerita & Gambar oleh Maryann Razan