Larian World Cancer Day 2019 5KM Pada Feb 3 Di Tuaran

TUARAN: Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah (PSKS) akan menganjurkan Larian Amal sejauk 5 KM di Tuaran pada 3 February 2019 mula jam 6.00 pagi sempena Hari Kanser Sedunia 2019.

Lawrence Imui, Presiden PSKS berkata, larian tersebut adalah bertujuan untuk mengisi tabung dana Persatuan disamping menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam.

Ia juga memberi Pendidikan dan kesedaran tentang bahaya penyakit kanser dan mengamil langkah-langkah pencegahan.

Lawrence menyeru agar penggiat menyertai larian amal ini sebagai sokongan kepada aktiviti Persatuan yang lebih fokus kepada program kesedaran kanser dalam usaha mendidik masyarakat agar sentiasa menjalani pengesanan awal penyakit kanser sesuai dengan slogan PSKS “PENGESANAN AWAL KANSER MENYELAMATKAN NYAWA”

Butiran Larian:

WORLD CANCER DAY RUN 2019 5KM
Tarikh: 3 Februari 2019
Masa: 6.00 pagi
Tempat: Astaka Padang Tuaran
Yuran Penyertaan: RM60.00 seoarang (Dewasa)
RM60.00 (Pelajar dan OKU)
# Setiap peserta akan menerima sehelai baju T-shirt, sijil dan medal.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

1. Lawrence (0113131 8429)
2. Rufinah (0102329931)
3. Allyscianita (017 897 8913)