Larian ‘Magahauthon’ Anjuran Samora Ahad Ini

muhau1

KOTA KINABALU – Persatuan Olahraga Matunggong dengan kerjasama Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA) akan menganjurkan Larian 15km-Magahauthon 2016-Eco Rundi perkarangan Puruvan Square, Matunggong pada Oktober 23 ini.

Pengerusi Pelaksana Magahauthon 2016-Eco Run, Stanley Donal berkata, peserta larian akan dilepaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Matunggong, Dato’ Jelani Hamdan yang juga Presiden SAMORA bermula jam 6 pagi.

Stanley Donal
Stanley Donal

Katanya, Larian ini agak berbeza dengan larian-larian yang lain kerana akan merentasi perkampungan, hutan dan Gunung Gumantong.

“Larian ini lebih bersifat ‘Eco Run’. Bermula dari Puruvan Square-Kg Sumangkap -Gumantong dan kembali semula ke Puruvan Square sejauh 15 km”, katanya dalam satu kenyataan di sini hari Rabu.

Stanley berkata, Larian itu terbahagi kepada kategori lelaki dan wanita terbuka (mens & women open) dan kategori veteran lelaki dan wanita (veteren men & women) yang masing-masing menawarkan hadiah berupa wang tunai, sijil, gong dan medal gong.

Katanya, johan ke empat kategori itu akan menerima RM600.00, sijil, gong dan medal gong masing-masing.

Naib johan menerima RM400, sijil dan medal gong. Tempat ketiga akan menerima RM200, sijil dan medal gong.

Hadiah turut diberikan kepada pemenang tempat keempat iaitu RM100, sijil dan medal gong. Manakala tempat kelima hingga ke sepuluh menerima RM50, sijil dan medal gong.

Bagi kategori pelajar (lelaki), johan akan menerima wang tunai RM400, sijil dan gong serta medal gong. Naib johan akan menerima RM200, sijil dan medal gong. Tempat ketiga (RM100, sijil dan medal gong), tempat keempat RM50 dan kelima hingga ke sepuluh RM30 berserta sijil dan medal gong.

“Setiap finisher akan diberi sijil dan juga medal gong”, jelasnya.

Menurut Stanley, yuran penyertaan bagi kategori dewasa/veteren ialah RM60 (termasuk baju T (tshirt) dan kategori kanak-kanak/pelajar sekolah pula RM40
(termasuk baju T).

Bagi peminat larian dan orang ramai yang berminat menyertai larian itu boleh menghubungi Stanley Donal ditalian -014 8555 844.