Kejadian tanah runtuh yang berlaku kira-kira 7 malam kelmarin itu susulan hujan lebat yang berlaku sejak pagi kelmarin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan Desmond Micky @ Dominic berkata, pihak bomba masih menunggu maklumat terkini dari Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai kerosakan akibat tanah runtuh berkenaan.
Oleh itu, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif berikutan kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan kerosakan di laluan berkenaan.
Malah, rakaman video yang dirakam pengguna jalan raya turut tular dalam media sosial menunjukkan jalan terputus dan arus deras mengalir di Jalan Tambunan-Kota Kinabalu.