Lagi Mangsa Macau Scam, Guru Wanita Rugi RM254,600

SIPITANG: Padah percaya kepada panggilan telefon yang mendakwa ‘pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan polis’, seorang guru wanita kerugian RM254,600.

Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Superintendan Champin Piuh berkata, wanita berusia 30an itu menjadi mangsa terbaharu sindiket Macau Scam selepas dua kes dilaporkan sebelum ini.

Berdasarkan laporan diterima, mangsa memaklumkan menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang mengaku sebagai pegawai LHDN pada 14 Mac lalu.

Mangsa dimaklumkan syarikat yang didaftarkan atas namanya mempunyai tunggakan cukai berjumlah RM38,500.90.

Walaupun pada mulanya sangsi dengan panggilan berkenaan namun, mangsa menjadi cemas apabila panggilan disambungkan kepada anggota polis berpangkat sarjan dari Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur.

“Pegawai itu memaklumkan terdapat satu akaun bank berkaitan dana haram sebanyak RM312,000 dan meminta mangsa memberitahu maklumat perbankan bagi tujuan penyiasatan akaun oleh bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA).

“Cemas dengan maklumat itu, mangsa mula terpedaya dan memindahkan wang ke dalam enam akaun bank berbeza bermula 14 Mac hingga 26 Mac lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa hanya menyedari tertipu pada 30 Mac lalu dan terus tampil membuat laporan polis kerana khuatir semua dokumen serta identitinya akan disalahguna.

Jumlah keseluruhan wang yang dipindahkan oleh mangsa berjumlah RM254,600.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Champin turut menasihatkan orang ramai supaya melakukan semakan nombor telefon daripada individu tidak dikenali untuk mendapatkan kepastian bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan Macau Scam.

Ends.