Lagi Fitnah Covid Pembangkang Walaupun Kesihatan Telah Nafi

CHRISTINA RUNDI

Oleh AZIS KHAN
KOTA KINABALU: Walaupun Jabatan Kesihatan telah menafikan berita palsu mengatakan pengikut Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, pembangkang nampaknya masih menggunakan isu itu untuk menakut-nakutkan rakyat.

Kelmarin, Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Christina Rundi telah menolak dakwaan itu selepas disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun hari ini, pihak pembangkang di Tambunan sekali lagi menyebarkan penipuan tersebut bagi mengelak orang ramai daripada menghadiri ceramah Ketua Menteri di Pisompuruan Square, Tambunan Khamis depan.

Timbalan Ketua Wira Warisan Sabah, Mohd. Ismail Ayob berkata, berita palsu itu adalah cubaan terdesak untuk menghalang orang ramai daripada keluar untuk mendengar amanat Ketua Menteri.

“Mereka semakin terdesak untuk menghalang rakyat mendengar ucapan Ketua Menteri, mereka lakukan benda sama di Kota Belud tetapi rakyat tetap keluar ke program yang diatur.

“Mentang-mentanglah Ketua Menteri telah pergi ke  Semporna dan Tawau mereka terus memanipulasi perkara itu.

“Apa yang mereka gagal ialah apabila Pengarah Kesihatan menafikan berita palsu itu, bermaksud rakyat boleh keluar ke ceramah tetapi perlu patuhi SOP,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BERITA BERKAITAN :-

Polis Nafi ‘Lockdown’ Kinabatangan dan Lahad Datu

Jabatan Kesihatan Nafi Mesej Tular Kononnya Pengikut Shafie Dijangkiti Covid-19