LABUAN MEDIA RUN 2019 Peroleh Kejayaan

483

LABUAN: Acara Labuan Media Run 2019 yang julung kalinya diadakan disini mencapai kejayaan besar dengan penyertaan para pelari dari seluruh Borneo mengambil bahagian dalam acara itu di Dataran Labuan hari ini.

Pelari ekstrim ternama dari Sabah mendominasi acara, dengan memenangi kategori lelaki veteran dan kategori wanita, serta kategori terbuka wanita.

Dengan tagline ‘Run for Health’ acara itu disertai 200 pelari dari Sabah, Sarawak, Brunei dan Labuan, termasuk mereka yang mencipta nama dalam larian ekstrim antarabangsa di seluruh negara.

Pelari dari Brunei Cecilia Maksimon (kanan), pelari Indonesia (Pontianak), Fanny Sebastian (kiri) dan dari Lawas, Sarawak – (dua kiri, Rani Dawat dan Bay Luke, dua kanan) yang turut muncul 10 pelari terbaik kategori terbuka wanita dan wanita veteran

Bekas juara Mt Kinabalu International Climbathon, Guianus Salagan dan isteri Kona Liaw membuktikan usia bukan penghalang capai kejayaan apabila memenangi kategori lelaki dan wanita veteran dengan catatan masa masing-masing 25:55 dan 31:33.

Hasrin Sibin from Sabah dan Zulkifli Othman dari Labuan masing-masing muncul di tempat kedua dan ketiga dengan catatan masa 27:18 dan 29:42.

Atlet wanita Sabah dari Pitas Marlin Hing memenangi kategori wanita dengan catatan masa 29:41, di susuli dengan pelari berumur 12 tahun dari Tenom, Malshiera Jumid, dengan catatan masa 31:05 dan Chlestie Anna dengan catatan 33:49.

Dua beradik Jessica Suip dan Stella Suip dari Kuala Penyu, Sabah, menduduki tempat keempat dan kelima dalam kategori wanita terbuka dengan catatan masa masing-masing 34:03 dan 34:33.

Kategori terbuka lelaki pula dimenangi oleh anggota tentera dari Brunei, Mastani Mohd Yusof, dengan catatan masa 24:22, hanya bebarapa ketika di hadapn pemenang tempat kedua Fabian@Osmond Damon dengan catatan masa 24:47 dan Romeo Gomboh 25:00 dari Sabah.

Acara larian anjuran Labuan Media Practitioner Association dengan kerjasama JHK Events itu dilepaskan oleh Anggota parlimen Labuan Datuk Rozman Isli, Senator Datuk Bashir Alias, dan Presiden Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd Datuk Seri Mohd Alias Abd Rahman, Pengarah Tunas Rakyat Datuk Norsiah Abdullah,

Juara kategori wanita veteran Kona Liaw (kiri) selepas dikalung medal oleh ahli jawatankuasa penganjur Larian Media 2019

“Saya gembira dengan kemenangan hari ini. Ini bukan kali pertama saya mengambil bahagian dalam larian di labuan. Cuaca dan laluan memainkan peranan penting dalam prestasi saya hari ini dan saya suka berlari di laluan yang cukup cantik dan menarik,” kata Guianus Salagan.

Pelari ‘klasik’ dari Brunei Cecilia Maksimon menduduki tempat keempat (sepuluh teratas) dengan masa 34:12, di belakang Santi @ Jasmeen Bahar yang mencatat 34:08 dan Chong Vun Lung (Beaufort) dengan masa 33:24 dalam kategori terbuka wanita.

“Ia merupakan satu program larian yang menarik, dengan menyertai pelari-pelari berpengalaman dan baharu, kami pasti akan datang lagi untuk sertai larian lain di Labuan,” kata Cecilia.

Antara penaja acara itu ialah Asian Supply Base Sdn Bhd, Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA), Labuan Shipyard Engineering Sdn Bhd (LSE), Ritz Supplier, Datuk Wong Kii Yii, Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli dan lain-lain lagi.