Kundasang mengalami revolusi pertanian – Junz Wong

Junz (kedua dari kanan) bersama Azizul (kedua dari kiri) di Kundasang Aquaponic

RANAU: Kundasang akan mengalami revolusi pertanian apabila kerajaan negeri memutuskan untuk menggunakan teknologi moden dalam sektor pertanian, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Junz Wong.

“Kementerian sedang melakukan revolusi di kawasan Kundasang. Saya rasa ramai rakyat Sabah menyedari bagaimana pertanian konvensional telah merosakkan alam sekitar.

Junz bersama Encik Ho di kebun akuaponik yang diusahakan Encik Ho.

“Kita melihat hakisan tanah akibat penebangan hutan, cuaca juga tidak sedingin seperti sebelumnya dan tanah semakin penuh dengan bahan kimia berbahaya.

“Kerajaan Sabah sedar. Itulah sebabnya selain melaksanakan rancangan untuk membantu petani, kami juga akan memastikan ia bertahan lama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Junz (ketiga dari kanan, baju hitam bertopi) ebrsama pegawai-pegawai Jabatan Pertanian dan peserta-peserta projek pilot fertigasi TKPM Mesilau.

Wong berkata ini termasuk melaksanakan program perintis fertigasi di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah dihadapi petani dan masalah yang mengancam alam sekitar.

“Di TKPM Mesilau sebagai contoh, kami memutuskan untuk menguji program perintis fertigasi supaya peserta dapat meningkatkan pendapatan mereka dan pada masa sama mengelakkan lebih banyak pencemaran terhadap alam sekitar.

Junz menunjukkan hasil lada hijau (capsicum) di TKPM Mesilau.

“Kami melihat hasil yang sangat positif. Kumpulan pertama daripada lapan peserta yang menyertai program perintis fertigasi secara konsisten memperoleh pendapatan lima angka,” katanya.